Blog EntryPANDUAN MEMILIH BUSANA UNTUK XXLMar 15, '08 12:25 AM
for everyone
Rata-rata wanita dalam kategori ini mempunyai masalah mendapatkan pakaian atau busana XXL , hingga akhirnya takut untuk memilih pakaian kerana bimbang tidak muat dan tidak sesuai dengan penampilan anda.  Sekarang anda tidak perlu risau dan pening kepala lagi memikirkan masalah ini kerana terdapat tips-tips untuk dikongsi bersama bagi penampilan yang bergaya dan berkeyakinan.

Terdapat beberapa aspek dalam pemilihan busana atau pakaian yang wajar kita praktikkan agar dapat tampil dengan imej yang lebih yakin dan anggun.  Aspek-aspek yang perlu dititik beratkan dalam pemilihan pakaian adalah dari segi :

               *        warna
               *        corak
               *        fabrik
               *        kategori pakaian.


1. Warna

Anda tidak perlu takut untuk memilih warna yang digemari.  Pakar fesyen mengatakan warna gelap dapat memberi kesan lebih ramping.  Oleh itu beranikan diri untuk memilih warna seperti :

                       hitam
                       merah
                       ungu anggur
                       hijau polo
                       hijau daun
                       biru tua

Warna-warna terang juga ada yang sesuai tetapi melalui kombinasi dan bukan sebagai warna yang dominan. Malah warna pastel juga amat sesuai untuk pemakaian di siang hari.


2.  Corak

Bagi anda yang gemar busana bercorak , jangan memilih motif bunga terlalu besar atau terlalu kecil. Untuk motif polkadot pula , pilihlah saiz sebesar biji kacang hijau dan senada.  Motif lain yang boleh dipilih  ialah garisan memanjang (vertikal). Tetapi hindari garisan yang besar dan melintang (horizontal). Motif geometri seperti kotak-kotak seharusnya dielakkan.



3. Jenis Fabrik

Keselesaan adalah amat penting dalaam etika pemakaian.  Fabrik kapas amat sesuai untuk pakaian seharian kerana sifatnya yang bersifat menyerap peluh. Jika anda ingin menghadiri sesuatu majlis , pilih fabrik yang tidak terlalu tebal atau terlalu nipis. Bahan nipis seperti sifon atau organza sebolehnya dielakkan kerana boleh menampakkan lekuk dan bayangan badan yang tidak diinginkan.  Seeloknya untuk ke parti pilihlah dari jenis tisu dan viscose.


4. Kategori Pakaian


a) Skirt
Bagi pemilihan skirt anda perlulah pilih bentuk span , A-line atau lurus dengan ukuran pinggul dilebihkan sekitar 1 hingga 2 sentimeter.  Jika inginkan skirt kembang , selepas pinggul barulah dibuat melebar.  Elakkan variasi skirt seperti gesper, kancing , kerut atau renda yang akan memberi kesan yang lebih gemuk.  Pakai skirt dan blaus yang senada dan elakkan memilih warna kontras kerana garis pinggul akan menjadi lebih lebar.  Jika salah satunya ada motif , pilih warna senada dan warna dasar.

b) Blaus

Blaus pula harus sesuai dengan skirt dan melepasi bahagian pinggul. Pilih potongan leher berbentuk V, bentuk segitiga 5 meruncing ke bawah dan bentuk bulat tetapi menurun kebawah seperti huruf U.  Hindari potongan leher seperti ruffles atau kelasi yang banyak ropol di dada atau di leher.

c) Lengan

Bagi lengan blaus jangan memilih yang ada lipatan ke atas dengan bahan yang berbeza.  Untuk poket, pilih poket dalam atau tampal tetapi tidak berpenutup.  Jika ingin memakai blazer pilih bahan lembut dan 'jatuh' serta tidak terlalu tebal.

d) Seluar

Untuk pemilihan seluar pula , paling sesuai adalah semi baggy. Seluar pallazo sebaiknya dihindari kerana menampakkan gemuk.  Blaus pula harus melepasi garis pinggul.


Nah. Tidak susah bagi kita untuk memilih pakaian/busana yang bersesuaian dengan fizikal.  Malahan kita akan kelihatan lebih sempurna dengan gaya yang diidamkan selama ini.  Jadi jangan segan untuk berubah kearah keterampilan yana lebih menarik dan berkeyakinan. 

Sumber : www.hijab-batik.com

Add a Comment
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help